Wednesday, March 18, 2015

Demi Assigment ~

                                  


Assalamualaikum. Malam ni aku dan geng buat esaimen kat kfc . Masa tengah menaip untuk entri ni jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Nampak tak mata sembap. Muka jangan cakap. Macam orang yang tengah struggle untuk bersengkang mata mhadap lappy. Boleh bayangkan tak, kami berlima overnight kat kfc. Dari pukul 9:30 malam aku keluar dari Uitm semata-mata demi esaimen. Aku harap dalam last minute kerja ni , kami dapat siap dengan jayanya . Nasib baik Kfc buka 24 jam, dengan wi-fi free lagi . Sebenarnya Uitm aku memang ada bilik bacaan 24 jam dan free wi-fi tapi kitaorg lebih prefer pilih Kfc. Member ada kereta masa tu, siap ajak gi buat kerja kat sana. Apa lagi, go la! Group esaimen aku terdiri lima orang , 4 perempuan yang comel molek kami pendek2 lebih kurang ja, aku , Huda , Amira dan Aina. Sorang ja lelaki orangnya hitam manis ja, caring dia macam bapa orang kemain. Orang tu Faiz a.k.a Apai. So Apai la driver , Apai la leader. Aku tengok group aku macam laki dan perempuan nisbah 1:4 . Itupun group kitaorg limit 4 orang , dia nak masuk kami pun okay saja. Ada lelaki dalam group best sikit. Kalau tengok orangnya la. Tapi orang ni agak annoying, ya Allah so childish. Hahaha!

                       




Tadaa.. Bantal pun aku bawa. Bukan bantal busuk ya. Serius.Tak tipu. Kata nak overnight sangat. Kalau tertidur sambung buat kerja balik. Tapi takde maknanya aku nak tidur kat sini , mana selesanya . Aku mahu berbaring kantil yang empuk. Yang mana aku boleh berguling sana sini.  
                                        
Awak , awak jom kita habiskan kerja ni cepat. Aku harap dapat balik sebelum subuh ke. Aku cakap dengan member nak puasa untuk hari ni. Puasa erm ~ qada. Okay la kan, dah la aku spend money malam ni kat Kfc. Esok kurang la berbelanja ya. Puasa Hyeay. Hyeay. Nasib baik esok jadual tak padat. Satu kelas lagi , pukul 2 petang ni. Orait cukup heaven bagiku. 

Wednesday, March 4, 2015

Biarkan UiTM ini tersemat di hati. My journey to Uitm.


Assalamualaikum. Terima kasih siapa yang sudi stalk blog kedua saya. Blog yang  sebelum ini saya sudah jarang-jarang guna tak guna langsung. Mari berkenalan owner blog ini.Nama saya Nur syuhada bt kamarul baharin. Si Manis ini .Berumur 19 tahun. Saya berasal dari Kuala Lumpur , Cheras. Melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang sememangnya khas untuk bumiputera sahaja.Rasanya  sudah boleh agak tu, iyea betul! Saya melanjutkan pelajaran di Uitm dan fakulti pengurusan maklumat adalah kursus yang pilihan saya. Kursus pengurusan maklumat merupakan minat saya. Kursus yang saya pilih perlu sesuai dengan jiwa saya dan membuka peluang pekerjaan banyak. Kursus ini boleh dikatakan tiada subjek matematik langsung dan hanya perlu kuat membaca. Jadi sesiapa yang lemah matematik bidang kalian sesuai yang ini. Tetapi tidak semudah A,B,C . Bahasa Inggeris perlu mantap dan baik.

Sebelum saya lupa, saya pelajar uitm johor segamat part 1 , saya second intake. Sebelum ini saya pelajar pra diploma di uitm pahang, jengka. Kalau nak dikatakan saya Spm takat 4A. Tapi saya hanya tidak kredit subjek bahasa inggeris. Terkenang balik semasa ambil keputusan spm hati rasa riang dapat 4A tapi dalam masa sama bahasa inggeris D.  Di mana silap saya dulu dalam percubaan saya tak pernah dapat D. Setahu saya paling rendah takat C( bermonolog sendiri dalam hati). . Rasa serba salah sangat sebab menghampakan cikgu bahasa inggeris dulu .Saya pernah dapat A dalam subjek dia. Boleh sahaja dengan result seperti ini saya memohon universiti separuh swasta seperti UNIKL dan permohonan saya sudah berjaya untuk menyambung pelajaran di UNIKL. Rezeki Allah saya tidak sangka sangkakan. Saya bukan ditakdirkan belajar universiti swasta tapi universiti awam. Itu yang saya impikan selain dari pembiayaan yuran lagi murah.  Semasa saya menjadi pelajar pra diploma , ramai ingat saya budak diploma. Mungkin gaya saya macam budak pandai. Bukan saya nak cakap budak pra tidak pandai . Budak pra ini ada juga salah pilih bidang. Bidang mereka tak sesuai dengan apa yang mereka belajar semasa sekolah. Ada juga dikalangan orang yang susah , tanggungan adik beradik terlalu ramai .Pra diploma ni kalau keputusan cantik dapat biasiswa untuk diploma.

Sebelum peperiksaan final bakal tiba. Saya berusaha sehabis baik. Saya dan roommates belajar tiga hari tiga malam. Cakap tiga hari tiga malam macam cuti-cuti malaysia. Memang cuti pun, untuk study week sahaja. Belajar la sampai 4 pagi. Selesai sembahyang subuh sambung tidur balik sampai pukul 10 pagi dan ambil sedikit ruang untuk berehat. Petang nanti rutin macam biasa study lagi dan lagi sampai muntah tengok soalan tu.