Wednesday, March 4, 2015

Biarkan UiTM ini tersemat di hati. My journey to Uitm.


Assalamualaikum. Terima kasih siapa yang sudi stalk blog kedua saya. Blog yang  sebelum ini saya sudah jarang-jarang guna tak guna langsung. Mari berkenalan owner blog ini.Nama saya Nur syuhada bt kamarul baharin. Si Manis ini .Berumur 19 tahun. Saya berasal dari Kuala Lumpur , Cheras. Melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang sememangnya khas untuk bumiputera sahaja.Rasanya  sudah boleh agak tu, iyea betul! Saya melanjutkan pelajaran di Uitm dan fakulti pengurusan maklumat adalah kursus yang pilihan saya. Kursus pengurusan maklumat merupakan minat saya. Kursus yang saya pilih perlu sesuai dengan jiwa saya dan membuka peluang pekerjaan banyak. Kursus ini boleh dikatakan tiada subjek matematik langsung dan hanya perlu kuat membaca. Jadi sesiapa yang lemah matematik bidang kalian sesuai yang ini. Tetapi tidak semudah A,B,C . Bahasa Inggeris perlu mantap dan baik.

Sebelum saya lupa, saya pelajar uitm johor segamat part 1 , saya second intake. Sebelum ini saya pelajar pra diploma di uitm pahang, jengka. Kalau nak dikatakan saya Spm takat 4A. Tapi saya hanya tidak kredit subjek bahasa inggeris. Terkenang balik semasa ambil keputusan spm hati rasa riang dapat 4A tapi dalam masa sama bahasa inggeris D.  Di mana silap saya dulu dalam percubaan saya tak pernah dapat D. Setahu saya paling rendah takat C( bermonolog sendiri dalam hati). . Rasa serba salah sangat sebab menghampakan cikgu bahasa inggeris dulu .Saya pernah dapat A dalam subjek dia. Boleh sahaja dengan result seperti ini saya memohon universiti separuh swasta seperti UNIKL dan permohonan saya sudah berjaya untuk menyambung pelajaran di UNIKL. Rezeki Allah saya tidak sangka sangkakan. Saya bukan ditakdirkan belajar universiti swasta tapi universiti awam. Itu yang saya impikan selain dari pembiayaan yuran lagi murah.  Semasa saya menjadi pelajar pra diploma , ramai ingat saya budak diploma. Mungkin gaya saya macam budak pandai. Bukan saya nak cakap budak pra tidak pandai . Budak pra ini ada juga salah pilih bidang. Bidang mereka tak sesuai dengan apa yang mereka belajar semasa sekolah. Ada juga dikalangan orang yang susah , tanggungan adik beradik terlalu ramai .Pra diploma ni kalau keputusan cantik dapat biasiswa untuk diploma.

Sebelum peperiksaan final bakal tiba. Saya berusaha sehabis baik. Saya dan roommates belajar tiga hari tiga malam. Cakap tiga hari tiga malam macam cuti-cuti malaysia. Memang cuti pun, untuk study week sahaja. Belajar la sampai 4 pagi. Selesai sembahyang subuh sambung tidur balik sampai pukul 10 pagi dan ambil sedikit ruang untuk berehat. Petang nanti rutin macam biasa study lagi dan lagi sampai muntah tengok soalan tu.

No comments:

Post a Comment